Wednesday, January 28, 2026

Melancong ke Yunnan: Jade Dragon Snow Mountain, Lijiang (Part 6)

16 September 2025 (Selasa)
Sambungan dari Part 5

Salam & Hi Uolls….
Ini la hari yang paling ditunggu-tunggu. Kemuncak pada percutian kami di Lijiang. Hari ni kami akan menakluki Jade Dragon Snow Mountain (JDSM)! Lepas ni aku akan tulis gunung ni sebagai JDSM sahaja ya. Adakah kami mampu menakluk puncaknya?? Ikuti cerita hingga ke akhirnya.😎

Jam 6 pagi masih gelap lagi. Matahari terbit adalah pada jam 7.04 pagi. Malam tadi aku dan I tido agak lambat, sebab kami dapat giliran mendobi pakaian paling oncet (terakhir). Sebenarnya aku sempat terlelap tapi bangun balik sebab nak sidai pakaian. Bila kau org paling oncet mendobi, tau2 la… semua tempat menyidai, hanger semua dah abis digunakan. Tapi Kawan aku si I, ajak aku naik atas untuk ambil hanger. “Mana kau tau ada hanger di atas I?” Aku nampak tadi bilangnya. Nah keluar sudah Sabahanku. 😊 Sebenarnya aku baru tau di atas bilik kami ada lagi beberapa bilik. Tapi bilik kat atas ni macam bilik untuk 2 orang sebilik je. Tak padat, hanya sebaris, selebihnya dataran kosong untuk berehat2. Cantik kat atas ni, boleh tengok pemandangan dipersekitaran. Kat atas ni ada tempat jemur pakaian, khas untuk bilik atas, kosong je…jadi hanger dia banyak, kami pinjam bawa turun nak sidai di level bilik kami.
Ada lembu juga kat sini. Bila tengok lembu, aku teringat 1 cerita terbaca kat FB. Macamana nak bezakan kerbau dengan lembu? Dia kata lembu pakai baju longgar sikit, kalo kerbau pakai baju ketat 😅 Malam tadi, KH dah pesan dalam group telegram, driver akan ambil kami pada jam 6.00 pagi. Oh ya sebelum terlupa, kami ambil agent “Lijiang Tourisme (Heijun)”- (nama TT dia) untuk menguruskan perjalanan kami sepanjang berada di Lijiang dan Shangri-La. Agent ni sebenarnya sangat popular kerana dia biasa bawa pelancong dari asean, khususnya Malaysia, Singapore, Indonesia, Brunei. Muslim friendly- dia tau keperluan kita terutamanya bab makanan. Heijun ni boleh berbahasa melayu sikit2. Bayaran untuk pakej Lijiang adalah 498 Yuan (Sekitar RM 290). Harga ini sudah termasuk tiket masuk JDSM, cable car, tiket masuk ke Blue Moon Valley, oxygen, overcoat, insurans, hotel shuttle service dan tiket menonton Impression Performance. Aku rasa harga ni sangat berbaloi.
Kami kena turun ke bawah selepas solat subuh. Solat subuh kat Lijiang adalah pada jam 5.46 pagi. Untuk menjimatkan waktu semua orang bersiap awal, berwudhu, solat subuh dan terus turun ke bawah. Aku macam biasa bawa bekal teh panas dan bawa roti dan jajan sebagai bekal. Aku sempat juga makan roti untuk mengalas perut, sebab nak makan ubat untuk AMS tu. Tak nak jadi macam semalam, pening sbb makan ubat dengan perut kosong. Hari ni pun sebenarnya masih ting tong kepala ni. Nun jauh dalam kepada macam ada pening2 sikit tapi masih boleh dikawal dan lebih baik dari semalam.
Akhirnya, driver kami sampai tepat jam 6 pagi. Dia datang dengan sebuah bas (van) berwarna putih. Kita panggil dia Ah Meng la. Senang. Perjalanan menuju ke JDSM mengambil masa kira2 30 minit dari hotel kami. Ah Meng bawa kereta agak santai dan tak merempit. Sesekali dengar juga dia menyanyi mengikut lagu diradio. Pasti si Ah Meng ni seorang yang ceria. Dipendekkan cerita, akhirnya kami sampai di Ganhaizi, tempat letak kereta bagi semua kenderaan persendirian. Di sini Ah Meng bagi kami sorang satu, baju tebal waterproof berwarna oren dan satu botol oksigen portable. Nasib baik dia bagi pinjam baju ni sebab aku langsung tak bawa wintercoat, dah katanya tak berapa nak sejuk jadi bawa baju yang tak berapa nak tebal. Tapi sebenarnya tak wajib pakai baju oren yang dia bagi pinjam ni, kalo korang ada baju tebal sendiri, ok je ble pakai baju kita sendiri. Selesai semuanya kami berjalan kaki sekitar 10 minit menuju ke bangunan utama untuk menaiki bas menuju ke Cable Car Glasier Park St. Gambar kat atas ni kami dah sampai di bangunan utama menuju ke tempat menaiki bas menuju ke cable car. 
laju Ah Meng berjalan menuju ke bangunan Waiting Hall of Glacier Park Ropeway. Nampak tak  geng2 pakai baju hijau tu? Tu semua nak naik cable car. Cantik pula overcoat dorang kan. 
Ok masuk dalam bangunan ni. Bas yang disediakan di sini adalah bas rasmi JDSM scenic area. Ianya sudah termasuk dalam harga tiket masuk ke JDSM. Oh ya, bas di sini menyediakan pengangkutan ke 3 tempat berasingan, iaitu (1) Cable Car Glacier Park St, (2) Yunshanping, (3) Baishui River. Oleh kerana kami nak ke Cable car, maka kami terus menuju ke laluan tersebut. Tidak ada kenderaan persendiriaan yang dibenarkan masuk jauh ke dalam kawasan pergunungan, semua wajib letak kereta di Ganhaizi. Ah Meng selaku driver dan guide, menemani kami sehingga ke bangunan cable car. Pengurusan yang sangat bagus dan tak la kami terkial2 mencari arah.
ni Q untuk naik bas
Oh ya aku lupa ak bagi tau. Oleh kerana perjalanan kami diurus oleh Lijiang Tourism agent, maka semua tiket masuk sudah dibeli. Jadi agent akan bagi kita QR yang ada nama kita sendiri. Sampai kat sini (gambar atas) ada mesin untuk kita scan QR tadi. Mesin tu ada disebalik tiang ni. Kalo tak ada QR bermakna kita tak lepas naik bas, disebalik tiang tu ada pekerja yang memantau kerja kita yang sedang menscan QR, selain CCTV yang memerhati kita dari segenap arah. 
Nampak kosong je... kiter paling awal ke ni? Horeyyy.....!! Begitu aku terfikir pada mulanya. Jika korang nak bergerak secara DIY tanpa agent pun boleh juga sebenarnya. Tiket boleh dibeli secara online melalui apps Klook atau Trip.com. Kena beli awal sebab kuota terhad dalam sehari. Kalo jiwa kental, ble je walk in, tapi inshaallah Q panjang dan harganya agak mahal. Jangan lupa wajib bawa jaket tebal, glove, topi serta oksigen portable. Pendek kata pakaian untuk menangkis kesejukan itu perlu lengkap, Kalo tak nanti beku seperti patung cendana. Oksigen portable banyak dijual di kedai2 disekitar bandar. 
Sekaliiiii....Nah kau! Baru terbuka hijab, rupanya ramai giler dah umat kat sini. Kau bukan terawal ye Niena. Jangan perasan....!!😅Tapi yang bestnya, walaupun nampak ramai nyer la orang tapi tak lama tau kita menunggu turn kiter sampai. Mungkin sebab 1 bas tu ramai yang naik jadi kurangnya pun banyak la. 
Dalam bas. Dari tempat aku ambil gambar kat atas tu tadi, kami dapat naik bas ke-3. Ok la, sidainyer pun tak lama. Selang beberapa minit ada bas lain akan sampai. 
Perjalanan dari Ganhaizi ke Cable car St. mengambil masa kira2 15-25 minit. Akhirnya kami sampai di sini. Ini cable car st. Jangan hairan na, aku dari tadi dok tulis JDSM, tiba2 kat sini Yulong Snow Mountain? Yerr...betul la tu JDSM juga ada nama lain iaitu Yulong Snow Mountain (YSM). Ingat nak cite kendian, tapi dah tengok ada yang kerut dahi tu, ok la kita cakap sekarang la. 😅 
Ah Mengggg....jappp!! amik gambaq gunung dulu. Dia pun senyum. Memang penyabaq orangnya si Ah Meng ni. 
Ah Meng tolong amik gambaq kami. 
Tak cukup gambaq ramai, kena amik gambar single la pula..😅Ok dah, jom naik cable car
Andai kata la korang nak p sini secara DIY, ada beberapa cara. 
a)  Menggunakan bas pelancongan 
Bas ni ada di South Gate parking lot di Lijiang Old Town. Bas ni akan membawa penumpang terus ke Ganhaizi. Parking lot untuk semua kenderaan awam. Dari bas tu nanti korang jalan kaki menuju ke bangunan utama, tempat menunggu bas rasmi yang akan membawa kita ke cable car st. Harga tambang bas pelancongan ni adalah sekitar 40 Yuan seorang. 

b) Bas awam no.7
Yang ini khas untuk orang yang berjiwa kental, banyak masa dan jimat. Bas ni ada kat Hong Tai Yang Square (Berdekatan Old Town). Harga tambang sekitar 15 Yuan sahaja. Paling murah tapi perjalanan mengambil masa yang lama dan perlu tukar2 bas, baru kau sampai kat kaki gunung. 

c) Teksi dan Kereta sewa
Yang ini pun, bole juga. lagi selesa. Kos adalah sekitar 100 Yuan. Dia boleh ambil kita dimana saja, lebih fleksible, selesa dan kau boleh bersembang dengan driver. Kot la ader nak tanya kan. Jangan risau, walaupun depa tak berapa nak pandai cakap Inggeris, tapi depa cekap menggunakan teknologi yang ada. Depa ble translate dari bahasa mandarin ke bahasa Inggeris. 
Laluan yang panjang...
Kat laluan terbuka ni nampak jelas JDSM. Cantik......
Walaupun tak berapa nak sharp, aku bangga dengan gambar ni. EHHH.....!! Riaknyer! 😏😛
Si Ah Meng hantar kami sampai sini je. Dia kata jam 9.30 nanti boleh turun. Kat sini kan, orang masuk laju tapi tak berebut, ader pekerja tunjuk laluan yang perlu kita ikuti. Arahan si Ah Meng juga jelas, dia berkomunikasi dalam weechat KH jika ada apa2 info. 
Stuck la pula kat sini. Terjebak amik gambar. Ini tak wajib ya. Kalo tak nak terus Q di laluan untuk menaiki cable car
Amik gambar dan terus Q untuk naik ke cable car. Gambar amik kat atas 
Pemandangan dari dalam cable car
Cantik
Untuk makluman, walaupun ada kemudahan cable car, masih ada trek hiking yang disediakan bagi pada pendaki, namun ianya agak terhad dan dikawal oleh pihak taman negara. Macam naik Gunung Kinabalu la kiranya, takde main redah, wajib guna trek rasmi dan ada guide. Hanya ada 2 trek rasmi yang dibenarkan untuk hiking iaitu, (1) laluan Alpine Meadow. Ia merupakan laluan landai dipenuhi padang rumput di kaki gunung. Ianya kurang mencabar dan sesuai bagi kegiatan hiking biasa dan ianya tidak sampai ke puncak. (2) Laluan Snow Mountain Canyon. Trek lebih mencabar, memerlukan stamina dan persediaan yang tinggi. Laluan ini juga tak sampai ke puncak Shanzidou (5596m), tapi sumpah kalo korang cuba aktiviti di laluan ni, memang tidak akan mengecewakan! Walaupun kami tak sampai ke sini, boleh tengok kat goggle, view dier cantik gills.
Jade Dragon Snow Mountain juga dikenali sebagai Yulong Snow Mountain. Ia merupakan rangkaian gunung salji yang terdapat di utara bandar Lijiang. Ia dinamakan sebagai JDSM adalah kerana rupa puncak gunung yang diliputi salji, bila tengok dari jauh, ia kelihatan seperti seekor naga putih (jed) yang sedang berbaring santai. JDSM mempunyai 13 puncak utama, dan yang paling tinggi ialah puncak Shanzidou iaitu berdiri setinggi 5596 meter dari aras laut. Ia merupakan glasier paling selatan di Hemisfera Utara dan memainkan peranan penting dari sudut geografi dan iklim.  
JDSM menjadi glasier paling selatan di Hemisfera Utara (HU), adalah disebabkan beberapa faktor geografi, topografi dan iklim yang sangat unik. JDSM terletak di latitud 27* utara, jauh lebih ke selatan berbanding kebanyakan kawasan glasier lain di HU. Secara teorinya, kawasan di latitud ini, sepatutnya tidak mempunyai glasier yang kekal kerana ia menerima sinaran matahari yang tinggi. Namun sebaliknya glasier masih wujud di sini, menjadikan ia sebagai anomali geografi. Kenapa ia berlaku sebegini?? Wahhh...korang kita masuk kelas Geografi wehh.....😆Sape boleh jawab, angkat 🙋!Emhh... diam je ni. Ye la saya jawab sendiri la. Ini adalah disebabkan oleh ketinggian gunung yang sangat tinggi. Kita tengok ye, ketinggian puncak tertingginya iaitu 5596 meter dari aras laut. Biasanya pada ketinggian ni suhu tahunan purata berada di bawah takat beku, maka salji boleh terkumpul sepanjang tahun. Ini la yang membolehkan pembentukan glasier Alpine, walaupun berada di kawasan latitud rendah. (3) Topografi yang curam dan lembah yang dalam. Struktur gunung yang sangat curam dan mempunyai lembah yang sempit dan terlindung. Ini menyebabkan salji terkumpul dan tidak sempat untuk mencair kerana ia terlindung dari pancaran langsung cahaya matahari. Banyak glasier membeku di cerun yang menghadap ke utara, iaitu kawasan yang kurang menerima radiasi matahari menyebabkan kadar kelangsungan glasier bertahan sehingga ke akhirnya. 
(4) Pengaruh Monsun Asia. JDSM berada di zon pengaruh monsun Asia Barat Daya yang mana ia membawa udara lembap serta hujan dan salji yang banyak ke kawasan altitud tinggi. Walaupun suhu tidak serendah di kawasan kutub, bekalan salji sangat mencukupi untuk mengekalkan glasier, sebab glasier ni dia bergantung pada keseimbangan, salji masuk vs pencairan, bukan pada suhu semata-mata.....(5) Kepentingan Iklim Global. Oleh kerana kedudukan JDSM yang ekstrem (kedudukan paling selatan), glasier di JDSM sangat sensitif pada sebarang perubahan suhu kecil. Ia cepat bertindak balas terhadap pemanasan global dan perubahan corak monsun. Kajian menunjukkan glasier di JDSM, mencair lebih cepat berbanding glasier di latitud tinggi. Sebarang perubahan glasier yang berlaku di JDSM adalah early warning system pada perubahan iklim. Jika glasier di JDSM mencair, ia menandakan perubahan iklim sedang berlaku secara serius. (6) Kepentingan geografi serantau. Glasier di JDSM, menjadi sumber air utama kepada sungai di Lijiang, yang menyokong kepada aktiviti pertanian, ekosistem alpine dan kehidupan komuniti tempatan. Maka apabila pencairan yang berlebihan berlaku, akan menyebabkan kekurangan air pada musim kering dan ketidakseimbangan ekologi akan berlaku. 
Maka dapatlah disimpulkan di sini bahawa, pembentukan glasier tidak hanya ditentukan oleh latitud tetapi ia terbentuk oleh interaksi kompleks antara ketinggian, topografi dan klim monsun. Sebagai glasier paling selatan di HU, ia sering menjadi rujukan kerana ia adalah petunjuk awal kepada perubahan iklim, menjadi tapak kajian geografi unik dan simbol kepada keseimbangan rapuh antara alam dan manusia.
Berjaya juga kami menakluki hingga ke puncak 4506 m. Nampak tak jambatan kayu kat belakang tu? kalo berjaya sampai atas puncak sana tu akan dapat medal tau. Aku tak larat dah naik, sampai sini je la. Walaupun kau nampak aku senyum simpul je, tapi dada ni sesak tak cukup oksigen. Sekejap2 masuk bangunan untuk duduk menenagkan diri. 😎
Pada zaman awal, JDSM adalah gunung suci, bukan unuk didaki. Ia mempunyai kaitan rapat dengan masyarakat Naxi yang merupakan etnik minoriti rasmi China. Bagi masyarakat Naxi, gunung ini adalah gunung suci. Gunung keramat, tempat bersemayamnya roh penjaga alam. Dalam mitologi Naxi, gunung ni dikaitkan dengan dewa pelindung bernama Dewa Sanduo. Dewa Sanduo dianggap sebagai simbol keberanian, kesetiaan dan pelindung komuniti Naxi. Oleh sebab itu la, upacara dan ritual tradisional sering dilakukan bagi menghormati gunung ini, terutamanya pada musim tertentu. Pendakian ke puncak dianggap pantang larang kerana puncak gunung ialah alam roh dan manusia tidak wajar mencemarinya. Maka tiada usaha untuk penerokaan fizikal ke puncak, pada ketika itu, mereka hanya menghormati gunung dari kejauhan. Penerokaan hanya bersifat rohani dan simbolik sahaja, bukan dari segi saintifik dan geografi.
Namun pada zaman Dinasti Tang dan Song, kawasan sekitar JDSM digunakan sebagai laluan sokongan kepada Tea Horse Road. Laluan ini menghubungkan Yunnan, Sichuan, Tibet dan Asia Selatan. Gunung ini berperanan sebagai penanda arah semulajadi, sumber air dan tempat rehat penting bagi pedagang. Namun pedagang hanya menggunakan laluan kaki gunung dan lembah sahaja, tidak ada rekod pendakian ke puncak. Bermula akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20, Joseph Rock yang merupakan ahli botani dan peneroka dari Austria-US, mula membuat pemetaan kawasan disekitar JDSM. Beliau mengkaji flora alpine dan mendokumentasi budaya Naxi. Tapi penerokaan beliau hanya terhad berkaitan saintifik, kartografi dan etnografi, bukan pendakian ekstrem.
Sekejap je perubahan kabus berlaku pada puncak gunung
Pendakian dan eksplorasi sebenar hanya bermula pada tahun 1980an, iaitu selepas China membuka pintu kepada dunia luar semasa era pasca-1978. Pendaki tempatan dan antarabangsa mula datang meneroka laluan untuk satu tujuan iaitu menakluki puncaknya. Pendakian bebas mula berlaku, tanpa kawalan, tanpa infrastruktur keselamatan. 11 tahun selepas itu, tepatnya pada tahun 1991, ribut salji melanda JDSM. 17 pendaki yang terdiri daripada pelajar dan pendaki antarabangsa terkorban dalam tragedi tersebut akibat cuaca yang sangat ekstrem, hipoksia dan kurang pengalaman menangani permasalahan di altitud tinggi. Disinilah bermulanya titik perubahan pada sejarah pendakian. China mula menghentikan serta merta pendakian bebas. Pendakian ke puncak dikawal ketat dan hanya dienarkan melalui sistem pelancongan rasmi. China mula memfokuskan perubahan drastik pada JDSM kepada pelancongan terkawal, kajian glasier dan iklim serta pemulihan alam. Untuk merealisasikan perubahan ini, China menambah kemudahan dan infrastruktir seperti cable car menuju ke Glasier Park diketinggian 4506 meter, laluan berpagar dibina daripada kayu dan besi kukuh dan menghadkan pengunjung dalam sehari  ke puncak. 

Bersambung....
Bye
Niena💜

Wednesday, January 14, 2026

Melancong ke Yunnan: Black Dragon Pool Park (Part 5)

 15 September 2025 (Isnin)

Sambungan dari Part 4

Salah satu pagoda yang terdapat di Kolam Naga Hitam
Selesai makan kami menyempatkan diri melawat Black Dragon Pool Park (Taman Kolam Naga Hitam), yang hanya berjarak 3km dari hotel penginapan kami, kira2 10 minit menaiki kereta. Kawan aku temapah DIDI, menggunakan aplikasi Alipay. Jika kita berada di Old Town Lijiang, ia sebenarnya hanya berjarak 1km sahaja. Taman Kolam Naga Hitam atau juga dikenali sebagai Taman Heillongtan merupakan tapak bersejarah yang mendapat namanya dari cerita lagenda seekor naga hitam yang mempunyai kaitan dengan budaya Naxi kuno dan Lijang Old Town. Dikatakan Lu Dongbin berjaya mengalahkan 9 naga jahat, namun begitu beliau membiarkan seekor naga hitam yang masih muda untuk terus hidup. Katanya tak jauh tapi kalo jenis kaki kita ni, eloklah naik kereta sbb 3km bagi mereka seperti 10 km bagi kita. Jika korang datang Lijiang, jangan skip Taman ni tau. Sementara tunggu masa nak naik ke JDSM, hari sebelumnya tu boleh la datang sini untuk buat persediaan sebelum mendaki atau nak bagi kaki fit, boleh la berjalan 1 pusingan kolam ni. besar juga tau. Jika bernasib baik, kita boleh ambil gambar berlatar belakangkan JDSM. Tapi nampaknya hari ni, rezeki tidak menyebelahi kami, JDSM terselindung di sebalik awan. 
walaupun cuaca panas, tapi kalo kita berjalan di tepi kolam ni tak terasa hangatnya. 
Salah satu pagoda yang ada di Taman ini
Bersih dari sampah sarap, sebab pihak kerajaan tempatan mengambil inisiatif untuk menambah baik air kolam ini. Kelihatan pihak berwajib meletakkan satu alat untuk memerangkap sampah agar tidak tersebar ke mana-mana. 
aku rasa tak ada siapa berani buang sampah dalam kolam ni sebab CCTV ada di mana2. Dendaan besar menanti sekiranya didapati membuang sampah. 
Air kolam ini berasal dari salji yang mencair dari Gunung Salji Naga Jade (JDSM). Ia berfungsi sebagai sumber air penting untuk Pekan Lama Lijiang. Terletak di sebuah Lembah dan takungan airnya membantu melembapkan udara dan seterusnya mewujudkan iklim mkro yang mengenangkan. Oleh kerana kawasan ini dianggap sebagai mercu tanda budaya dan sejarah Lijiang, maka Muzium Lijiang sengaja dibina di sini, tepatnya di pintu gerbang utara. Muzium Lijiang dibina untuk menyimpan koleksi peninggalan Dongba dan mempamerkan budaya unik Kumpulan etnik Naxi. Kolam Naga Hitam juga merupakan sumber air di Bandar Lama Lijiang, airnya jernih seperti batu jed (menurut kata wikipedia ya). Tapi ketika kami berada di sini airnya tidak la sejernih seperti yang dikatakan. Airnya berwarna hijau tetapi bersih dari sampah sarap. Selain pemandangan semula jadi yang menakjubkan, Kolam Naga Hitam juga mempunyai peninggalan budaya lama China. Nanti kita akan nampak  pelbagai seni bina purba yang dibina semasa pemerintahan Dinasti Ming atau Qing. 
Arca yang terdapat di sini, mengambarkan tentang aktiviti harian yang dijalankan oleh masyarakat di sini ketika itu. 
JDSM terselindung disebalik awan
Kalo cuaca ok, pasti boleh nampak gunung kat belakang tu
Tempat ni sesuai untuk tempat beriadah. 
unik pokok ni
Tempat merokok
Ada beberapa keunikan dan tarikan yang terdapat di kolam Naga Hitam. Sebenarnya terdapat 2 kolah di taman ini. Satu kolam yang dalam dan satu lagi kolam yang cetek. Kolam yang dalam itu ialah Kolam Naga Hitam atau juga dikenali sebagai kolam Jernih. Ia berbentuk bulat dan mempunyai kedalaman kira2 15 meter. meliputi kawasan seluas 600 meter persegi. Punca air adalah dari mata air yang ada di dasar kolam, selain mendapat sumber air dari cairan salji dari JDSM. Manakala Kolam cetek pula terletak di timur laut kolam yang dalam. Oleh sebab airnya berwarna kekuningan, maka ia dipanggil Kolam Keruh. Kolam Keruh meliputi kawasan seluas 2600 meter persegi dan sedalam 0.5 meter sahaja. 
Salah satu jambatan yang terdapat di Sini
Kalo kita berjaya berjalan mengelilingi kolam ini, bermakna kita sudah berkaya menncapai 10k langkah.
Redup je kan
Mercu tanda
Arca yang mengambarkan beberapa figura lelaki yang sedang bermain untuk mengisi masa senggang. 
Pagoda yang memounyai nilai sejarah
Laluan pejalan kaki yang landai

Ini mungkin kolam cetek
Di kawasan kolam ini juga terdapat sebuah taman iaitu Taman Jade Spring.Terdapat beberapa pokok-pokok purba dan menawarkan pantulan gunung dan kuil yang menakjubkan di perairannya. Cantik untuk jadi background gambar kita. Namun, satu masa dahulu, kolam Black dragon ni pernah kering dan Ia merosakkan pemandangan yang cantik itu. Tak pasti kenapa boleh kering sebab kat dasar kolam ni dikatakan ada mata air. Korang dapat bayangkan tak, sebuah kolam yang airnya telah kering, pasti timbul bau2 yang tidak menyenangkan dan memburukkan persekitaran. Oleh sebab itu pihak Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menjadikan kolam ini sentiasa dipenuhi air. Ia diistiharkan sebagai kawasan pemuliharan air dan ianya berlangsung sehingga kini.
Dah nak balik
Salah satu pemandanganyang ada di Kolam Naga Hitam
Kat luar taman. Dah nak balik ni
Ehsan Goggle. Macam ni pemandangan nya bila cuaca ok
Cantik juga
Gambar kenangan sebelum balik

bersambung....

Melancong Ke Yunnan: Napahai Lake & Padang Rumput Yila: Lebih Kepada Pengalaman, Bukan Pemandangan (Part 12)

17 september 2025 Selepas meninggalkan Tea Horse Guesthouse, perjalanan kami diteruskan menuju ke Shangri-La.  Perlahan-lahan, pemandangan d...