Wednesday, January 14, 2026

Melancong ke Yunnan: Black Dragon Pool Park (Part 5)

 15 September 2025 (Isnin)

Sambungan dari Part 4

Salah satu pagoda yang terdapat di Kolam Naga Hitam
Selesai makan kami menyempatkan diri melawat Black Dragon Pool Park (Taman Kolam Naga Hitam), yang hanya berjarak 3km dari hotel penginapan kami, kira2 10 minit menaiki kereta. Kawan aku temapah DIDI, menggunakan aplikasi Alipay. Jika kita berada di Old Town Lijiang, ia sebenarnya hanya berjarak 1km sahaja. Taman Kolam Naga Hitam atau juga dikenali sebagai Taman Heillongtan merupakan tapak bersejarah yang mendapat namanya dari cerita lagenda seekor naga hitam yang mempunyai kaitan dengan budaya Naxi kuno dan Lijang Old Town. Dikatakan Lu Dongbin berjaya mengalahkan 9 naga jahat, namun begitu beliau membiarkan seekor naga hitam yang masih muda untuk terus hidup. Katanya tak jauh tapi kalo jenis kaki kita ni, eloklah naik kereta sbb 3km bagi mereka seperti 10 km bagi kita. Jika korang datang Lijiang, jangan skip Taman ni tau. Sementara tunggu masa nak naik ke JDSM, hari sebelumnya tu boleh la datang sini untuk buat persediaan sebelum mendaki atau nak bagi kaki fit, boleh la berjalan 1 pusingan kolam ni. besar juga tau. Jika bernasib baik, kita boleh ambil gambar berlatar belakangkan JDSM. Tapi nampaknya hari ni, rezeki tidak menyebelahi kami, JDSM terselindung di sebalik awan. 
walaupun cuaca panas, tapi kalo kita berjalan di tepi kolam ni tak terasa hangatnya. 
Salah satu pagoda yang ada di Taman ini
Bersih dari sampah sarap, sebab pihak kerajaan tempatan mengambil inisiatif untuk menambah baik air kolam ini. Kelihatan pihak berwajib meletakkan satu alat untuk memerangkap sampah agar tidak tersebar ke mana-mana. 
aku rasa tak ada siapa berani buang sampah dalam kolam ni sebab CCTV ada di mana2. Dendaan besar menanti sekiranya didapati membuang sampah. 
Air kolam ini berasal dari salji yang mencair dari Gunung Salji Naga Jade (JDSM). Ia berfungsi sebagai sumber air penting untuk Pekan Lama Lijiang. Terletak di sebuah Lembah dan takungan airnya membantu melembapkan udara dan seterusnya mewujudkan iklim mkro yang mengenangkan. Oleh kerana kawasan ini dianggap sebagai mercu tanda budaya dan sejarah Lijiang, maka Muzium Lijiang sengaja dibina di sini, tepatnya di pintu gerbang utara. Muzium Lijiang dibina untuk menyimpan koleksi peninggalan Dongba dan mempamerkan budaya unik Kumpulan etnik Naxi. Kolam Naga Hitam juga merupakan sumber air di Bandar Lama Lijiang, airnya jernih seperti batu jed (menurut kata wikipedia ya). Tapi ketika kami berada di sini airnya tidak la sejernih seperti yang dikatakan. Airnya berwarna hijau tetapi bersih dari sampah sarap. Selain pemandangan semula jadi yang menakjubkan, Kolam Naga Hitam juga mempunyai peninggalan budaya lama China. Nanti kita akan nampak  pelbagai seni bina purba yang dibina semasa pemerintahan Dinasti Ming atau Qing. 
Arca yang terdapat di sini, mengambarkan tentang aktiviti harian yang dijalankan oleh masyarakat di sini ketika itu. 
JDSM terselindung disebalik awan
Kalo cuaca ok, pasti boleh nampak gunung kat belakang tu
Tempat ni sesuai untuk tempat beriadah. 
unik pokok ni
Tempat merokok
Ada beberapa keunikan dan tarikan yang terdapat di kolam Naga Hitam. Sebenarnya terdapat 2 kolah di taman ini. Satu kolam yang dalam dan satu lagi kolam yang cetek. Kolam yang dalam itu ialah Kolam Naga Hitam atau juga dikenali sebagai kolam Jernih. Ia berbentuk bulat dan mempunyai kedalaman kira2 15 meter. meliputi kawasan seluas 600 meter persegi. Punca air adalah dari mata air yang ada di dasar kolam, selain mendapat sumber air dari cairan salji dari JDSM. Manakala Kolam cetek pula terletak di timur laut kolam yang dalam. Oleh sebab airnya berwarna kekuningan, maka ia dipanggil Kolam Keruh. Kolam Keruh meliputi kawasan seluas 2600 meter persegi dan sedalam 0.5 meter sahaja. 
Salah satu jambatan yang terdapat di Sini
Kalo kita berjaya berjalan mengelilingi kolam ini, bermakna kita sudah berkaya menncapai 10k langkah.
Redup je kan
Mercu tanda
Arca yang mengambarkan beberapa figura lelaki yang sedang bermain untuk mengisi masa senggang. 
Pagoda yang memounyai nilai sejarah
Laluan pejalan kaki yang landai

Ini mungkin kolam cetek
Di kawasan kolam ini juga terdapat sebuah taman iaitu Taman Jade Spring.Terdapat beberapa pokok-pokok purba dan menawarkan pantulan gunung dan kuil yang menakjubkan di perairannya. Cantik untuk jadi background gambar kita. Namun, satu masa dahulu, kolam Black dragon ni pernah kering dan Ia merosakkan pemandangan yang cantik itu. Tak pasti kenapa boleh kering sebab kat dasar kolam ni dikatakan ada mata air. Korang dapat bayangkan tak, sebuah kolam yang airnya telah kering, pasti timbul bau2 yang tidak menyenangkan dan memburukkan persekitaran. Oleh sebab itu pihak Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menjadikan kolam ini sentiasa dipenuhi air. Ia diistiharkan sebagai kawasan pemuliharan air dan ianya berlangsung sehingga kini.
Dah nak balik
Salah satu pemandanganyang ada di Kolam Naga Hitam
Kat luar taman. Dah nak balik ni
Ehsan Goggle. Macam ni pemandangan nya bila cuaca ok
Cantik juga
Gambar kenangan sebelum balik

bersambung....

No comments:

Melancong ke Yunnan: Impression Lijiang Show (Part 8)

 16 September 2025 Sambung balik cerita semalam… masa ni kami masih lagi dekat kawasan JDSM, atau Yulong Snow Mountain . Lepas puas ronda da...