16 September 2025
Masih hari yang sama. Selesai menonton
persembahan Lijiang Impression, kami pulang ke hotel. Berehat sebentar dan
kemudiannya menyusur Lijiang Old Town. Kawan aku nak sewa baju tradisi
masyarakat Lijiang. Kami hanya berjalan kaki menuju ke bandar lama tersebut. Bila
masuk je, rasa macam masuk satu tempat yang masanya bergerak agak perlahan. Bandar
lama ini bukan sekadar kawasan pelancongan tetapi ia sebenarnya pusat sejarah
dan budaya masyarakat Naxi (Nakhi) selama beratus tahun dahulu.
Sejarah Lijiang Old Town bermula
sekitar lebih 800 tahun lalu, tepatnya di penghujung zaman Dinasti Song hingga
awal Dinasti Yuan (lebih kurang abad ke-12 hingga ke-13). Kedudukannya sangat
strategik kerana ia menjadi persimpangan perdagangan antara Yunnan, Sichuan dan
Tibet. Salah satu laluan perdagangan paling terkenal yang melalui kawasan ini
ialah Laluan Kuda dan Teh Purba (Ancient Tea Horse Road). Pedagang membawa teh
dari Yunnan dan menukarnya dengan kuda serta barangan dari Tibet. Disebabkan
itu, Lijiang berkembang menjadi bandar yang kaya dan terbuka kepada pelbagai
budaya.
Penduduk asal kawasan ini terdiri daripada masyarakat Naxi
yang terkenal dengan budaya uniknya. Mereka mempunyai tulisan Dongba, antara
sistem tulisan bergambar yang masih digunakan. Seni bina rumah kayu mereka pula
dipengaruhi oleh budaya Han, Tibet dan Bai tetapi masih mengekalkan identiti
Naxi. Muzik tradisional mereka diwarisi sejak zaman perdagangan dahulu dan
masih dipersembahkan sehingga kini. Lijiang mempunyai sesuatu yang Istimewa
untuk dibanggakan iaitu sister airnya. Satu perkara yang membezakan Lijiang
daripada bandar lama yang lain ialah sistem saliran air semula jadi. Air dari
kawasan gunung salji di utara mengalir masuk ke bandar melalui rangkaian
terusan kecil, lorong air dan jambatan batu. Sebab itu bila berjalan di sana,
hampir setiap lorong ada bunyi air mengalir. Sistem ini masih berfungsi
sehingga hari ini.
![]() |
| Kawan aku nak pakai baju tradisi. Cari punya cari, jumpa la kedai ni. |
![]() |
| Sedang di makeup kan. Sebenarnya ada 5 org kawan aku yg sewa baju tradisi ni, yang lain tak jumpa gambar depa pakai baju tradisi ni. |
![]() |
| Cantik baju dier... |
Pada tahun 1996, satu gempa bumi besar melanda kawasan
Lijiang dan menyebabkan berlakunya banyak kerosakan. Namun usaha pemulihan dan
pemeliharaan dilakukan secara besar-besaran. Tidak lama selepas itu, pada tahun
1997, Lijiang Old Town diiktiraf sebagai Tapak Warisan DuniaUNESCOerana
nilai sejarah, budaya dan reka bentuk bandarnya yang unik. Hari ini Lijiang
ialah salah satu destinasi paling terkenal di Yunnan. Waktu malam, lorong batu,
lampu merah dan aliran air menjadikan suasananya sangat romantik. Tetapi ada juga
perbincangan bahawa sebahagian kawasan lama kini lebih komersial berbanding
dahulu kerana pertumbuhan pelancongan.
![]() |
| serupa pasar malam, nampak sedap, tapi kita mampu tengok je la. |
Yang datang berkunjung ke Lijiang pasti tidak melepaskan
peluang memakai pakaian tradisi Masyarakat Naxi (Nakhi), iaitu masyarakat asal yang
mendiami Old Town of Lijiang. pakaian tradisi Masyarakat Naxi biasanya
berwarna biru tua, hitam atau putih. Apron dan lapisan kain di bahagian belakang
(untuk wanita) dihiasi dengan Sulaman halus.
Ada rekaan yang dipengaruhi oleh budaya Tibet dan Han. Ada pakaian yang mempunyai simbol matahari,
bulan dan bintang pada bahagian belakang (melambangkan hubungan dengan alam). Di kawasan bandar lama, memang ramai yang pakai pakaian tradisi untuk sekadar berjalan-jalan dan bergambar, sesi fotografi, persembahan budaya atau sewaan kostum pelancong.



.jpg)





.jpg)


.jpg)












.jpg)
.jpg)


