Friday, September 18, 2026

Melancong Ke Yunnan: Napahai Lake & Padang Rumput Yila: Lebih Kepada Pengalaman, Bukan Pemandangan (Part 12)

17 september 2025
Selepas meninggalkan Tea Horse Guesthouse, perjalanan kami diteruskan menuju ke Shangri-La. Perlahan-lahan, pemandangan di luar tingkap berubah. Kami semakin jauh daripada kawasan Lijiang dan semakin menghampiri tanah tinggi Shangri-La. Jalan raya membawa kami melalui kawasan pergunungan yang luas, padang rumput dan kampung-kampung kecil yang sesekali kelihatan di celah bukit. Kemudian, kami berhenti. Bukan di sebuah tempat pelancongan yang besar.
Bukan juga di tempat yang mempunyai bangunan cantik atau muzium untuk dilawati. Cuma sebuah kawasan lapang di tepi perjalanan. Dari luar tingkap bas kami sudah kelihatan warna merah yang cantik. Hamparan tumbuhan merah yang memenuhi padang di hadapan mata.

Kawasan ini dikenali sebagai Xiaozhongdian Flower Sea, sebuah kawasan padang rumput tanah tinggi yang memang terkenal di laluan menuju Shangri-La. Pada musim tertentu, kawasan ini dipenuhi pelbagai bunga dan tumbuhan liar. Pada musim luruh pula, tumbuhan yang dikenali sebagai langdu atau wolf's bane boleh berubah menjadi merah terang, sehingga seluruh padang kelihatan seperti diselaputi permaidani merah. Kami tak lama pun di sini sebenarnya. Lebih kurang 30 minit sahaja. Tujuan utamanya cari tandas dulu, kemudian ambil gambar. Tak ada jadual lawatan panjang. Tak ada aktiviti khas. Tak perlu berjalan jauh. Tapi kadang-kadang dalam perjalanan jauh, tempat seperti inilah yang menjadi kenangan.
Kami berjalan masuk sedikit ke kawasan tumbuhan merah itu. Di belakangnya berdiri bukit-bukit hijau yang luas, sementara langit pula dipenuhi awan kelabu putih. Dan di tengah-tengah pemandangan itu...

ada aku
Berdiri di celah-celah warna merah dan hijau, dengan bukit sebagai latar belakang. Kalau tengok gambar sahaja, memang nampak macam sesi fotografi yang dirancang khas. Padahal sebenarnya..."Singgah kejap je. Nak pergi tandas." 😂Itulah yang menarik tentang perjalanan ke Shangri-La. Banyak pemandangan cantik bukan datang dalam bentuk destinasi yang perlu kita cari satu-satu. Kadang-kadang ia muncul begitu sahaja di tepi jalan, lalu kita diberi masa setengah jam untuk menikmatinya sebelum perjalanan diteruskan.

Xiaozhongdian memang terkenal sebagai kawasan padang rumput tanah tinggi dan kawasan penternakan. Di sepanjang kawasan ini, pengunjung juga boleh melihat lembu, kuda dan yak meragut rumput. Dan yak itu memang ada. Mungkin pada awalnya kita tengok dengan penuh rasa kagum. "Wahhh... yak!" Maklumlah, di tempat kita bukan selalu boleh tengok yak berkeliaran di padang rumput. dan hampir 100% tak ada di kawasan tempat aku tinggal. Tapi selepas beberapa langkah..."Eh, apa benda ni?" Tahi yak la...😂Melompat kita ye. Banyak pula tu. Jadi daripada sibuk memandang bunga dan mengejar gambar cantik, kena juga tengok bawah kaki. Satu langkah salah...Kenangan Shangri-La boleh bertukar menjadi kenangan "kasut penuh tahi yak".😂
Namun begitulah kehidupan di kawasan tanah tinggi ini. Yak bukan sekadar haiwan yang cantik sebagai latar untuk bergambar. Ia sebahagian daripada kehidupan pastoral masyarakat di kawasan Shangri-La, di mana padang rumput luas menjadi tempat ternakan meragut dan bergerak bebas. Pemandangan yak di tengah padang rumput sebenarnya adalah sebahagian daripada landskap semula jadi kawasan ini dan mungkin sebab itulah tempat ini terasa berbeza.Tiada apa yang terlalu dibuat-buat. Tiada bangunan besar. Tiada persembahan.Tiada tarikan yang memerlukan kita berjam-jam untuk melihatnya. Hanya padang rumput, tumbuhan merah, bukit hijau, langit luas dan beberapa ekor yak yang tidak peduli pun kita datang dari jauh semata-mata hendak mengambil gambar. 😄

Selepas lebih kurang setengah jam, kami pun meninggalkan Xiaozhongdian.
Urusan Tandas sudah selesai.
Gambar sudah dapat.
Yak pun sudah dilihat.
Tahi yak pula sudah berjaya dielakkan 😅
Kami kembali menaiki kenderaan dan meneruskan perjalanan. Shangri-La semakin hampir dan tanpa kami sedari, perjalanan kami sebenarnya sedang memasuki satu suasana yang berbeza — lebih tinggi, lebih luas dan lebih dekat dengan kehidupan tanah tinggi Tibet. Xiaozhongdian bukanlah tempat yang kami datang untuk menghabiskan masa yang panjang. Kami cuma singgah sebentar. Tetapi mungkin itulah yang menjadikan tempat ini manis dalam ingatan. Hanya tiga puluh minit di tepi jalan, tetapi cukup untuk meninggalkan satu lagi gambar dalam album perjalanan menuju Shangri-La.

Napahai Lake
Aku rasa ini lokasi terakhir kami akan singgah sebelum sampai ke Shangri La. Penat dah sebenarnya duduk lama dalam bas ni. Lokasi terakhir ini ialah Tasik Napahai (Napahai Lake) atau juga dikenali sebagai Padang Rumput Yila Sebelum kita pergi hari tu, aku ada la buat research sikit. Tengok gambar kat media sosial, mak aii… lawanya! Ada gambar tasik biru memantul awan macam cermin gergasi, ada gambar padang rumput hijau luas saujana mata memandang siap ada kuda berlarian. Tapi malangnya kita datang pada bulan september. Ya Bulan September. Kalo korang datang Napahai Lake pada bulan September macam kitorang hari tu, nasihat aku, adjust korang punya expectation. Sejujurnya, pemandangan masa ni agak biasa-biasa je, tak ada la 'wow' sangat macam dalam gambar viral media sosial. Air tasik nampak macam paya sikit, dan rumput pun tak berapa nak hijau. Tapi, kalau korang datang sekadar nak cari pengalaman naik kuda pakai baju tradisional Tibet dengan mekap ala kadar tu, okay la layan. Buat syarat pernah sampai ke Napahai Lake. Kenapa bulan september, view kat sini biasa2 je?

Naik kuda
Rupanya bulan September ni adalah fasa peralihan musim (daripada musim hujan ke musim luruh) kat kawasan tanah tinggi Yunnan ni. Pemandangan Agak Suram, Air tasik tengah bertakung penuh tapi warnanya tak berapa nak biru, nampak macam kawasan paya sikit. Rumput Dah Mula Tukar Warna, padang rumput hijau yang kitorang bayangkan tu pun dah mula nak mengering dan bertukar warna kekuningan/perang. Jadi, landskapnya nampak agak 'kosong' dan biasa-biasa sahaja. Plus, masa kitorang pergi tu cuaca agak mendung, jadi tak dapatlah nak layan kesan mirror of the sky yang viral tu.
Kita lagi

Pengalaman Naik Kuda & Jadi 'Orang Tibet' Celup

Walaupun pemandangan dia agak kureng, kitorang tak nak la balik dengan tangan kosong. Alang-alang dah sampai, kitorang decide untuk layan je aktiviti paling popular kat sini, naik kuda merentasi padang rumput! Bagi aku, kalau datang sekadar untuk cari pengalaman, okay sangat. Seronok juga dapat rasa naik kuda sambil pusing-pusing kawasan tu (walaupun dalam hati ada rasa cuak sikit, haha!). Pakcik yang tarik kuda kami tu, dah tua sangat aku rasa. Kesian. Sepanjang jalan aku dengar dia macam "berzikir"-ikut agama dia la.

Sebelum naik kuda, kitorang sempat sewa baju tradisional etnik mereka. Pakej sewa baju ni sekali dengan servis mekap. Tapi maklum la, mekap dia memang ala kadar sangat! Setakat nak bagi muka nampak naik seri dan tak pucat dalam gambar dari jauh, okay la.😁

Aku dan kuda putih
Kenapa bulan september, view kat sini biasa2 je? Ada beberapa sebab, antaranya ialah:
  • Fasa Peralihan Musim: Bulan September ialah waktu peralihan antara musim hujan (panas) ke musim luruh. Air tasik tengah bertakung penuh, tapi padang rumput hijau dah mula nak mengering dan bertukar warna kekuningan/perang. Jadi, pemandangannya agak 'berterabur'- tak cukup biru sebagai tasik besar, dan tak cukup hijau sebagai padang rumput yang cantik.
  • Bukan Waktu Puncak (Peak Season): Pemandangan Napahai yang paling 'pukau' sebenarnya adalah pada Oktober-November (musim luruh sepenuhnya, rumput bertukar keemasan dan burung migrasi mula sampai) atau Mei-Jun (musim bunga, padang rumput dipenuhi bunga liar). Bulan September memang landskapnya agak suram dan kosong.
  • Cuaca Mendung & Lembap: September juga hujung musim hujan di Yunnan. Kalau korang pergi waktu langit mendung atau lepas hujan, tasik takkan dapat pantulkan kesan 'cermin langit' (mirror of the sky) yang viral tu. Hasilnya, gambar nampak kelam dan biasa sahaja.
Kak T dan kuda coklatnya
Tapi sebenarnya Napahai Lake ni bukan bukan tasik biasa-biasa. Dia boleh berubah rupa ikut musim. Sekejap jadi tasik, sekejap jadi padang rumput! Kalau korang suka layan view lawa, amik gambar, atau nak rasa vibe kampung Tibet, ini antara benda paling menarik kat sini:

1. Magic Dua Alam: Tasik Jadi Padang Rumput

Pada musim panas & luruh (Jun–September): Air dari gunung cair dan hujan lebat penuhkan kawasan ni. Terus bertukar jadi tasik biru yang luas, siap ada vibe cermin sebab langit terpantul kat air.

Musim Sejuk & Bunga (Oktober–Mei): Air tasik ni akan surut sampai kering. Automatik tempat ni bertukar jadi Padang Rumput Yila yang hijau dan luas. Masa ni korang akan nampak banyak gila haiwan macam yak, kuda, dengan kambing tengah jalan-jalan cari makan.

2. 'Water Highway' yang Viral kat Media Sosial

Laluan Atas Air: Ada satu bahagian jalan raya kat tepi tasik ni yang memang sengaja dibiarkan tenggelam sikit bawah air masa musim hujan.

Vibe Surreal: Bila korang sewa kereta atau skuter lalu kat situ, rasa macam tengah membelah air. Gambar atau video kat sini memang auto-aesthetic!
3. Syurga Burung Migrasi dari Siberia

Burung Rare: Tempat ni sebenarnya kawasan rizab alam semula jadi. Lepas bulan Oktober, lebih 20,000 ekor burung dari Siberia akan datang singgah sini untuk lari dari musim sejuk. Korang boleh nampak bangau leher hitam yang sangat rare kat kawasan paya dia.

4. Boleh Tunggang Kuda & Layan 'Road Trip' Santai

Main Kuda: Aktiviti paling popular kat sini ialah sewa kuda, ronda padang rumput sambil pakai baju tradisional Tibet.

Sewa Skuter: Paling recommended, sewa skuter elektrik atau basikal, lepas tu pusing jalan keliling tasik (Napahai Ring Road). Angin kat sini memang sejuk dan segar sebab kedudukan dia tinggi, 3,270 meter atas aras laut.

5. Rasa Vibe Kampung Tibet yang Sebenar

Kawasan sekeliling tasik ni penuh dengan kampung orang Tibet asli. Korang boleh nampak bendera doa warna-warni dan stupa putih. Boleh singgah kedai kopi dorang untuk borak-borak sambil minum teh mentega (butter tea) tradisional.

Hati-hati dengan 'Scam' Kuda: Sebenarnya, nak masuk tengok tasik ni percuma je kalau korang pusing ikut jalan luar. Tapi ramai pelancong kena ketuk dengan pemilik ladang kuda tempatan yang caj harga cekik darah. Kalau nak naik kuda, tanya harga betul-betul sampai setel baru naik.

Penyakit Altitud (AMS): Sebab tempat ni tinggi sangat, jangan gelojoh berlari-lari nanti cepat semput atau pening kepala. Pakai juga sunscreen sebab matahari kat sini boleh tahan terik.
Pengalaman Naik Kuda & Jadi 'Orang Tibet' Celup

Walaupun pemandangan dia agak kureng, kitorang tak nak la balik dengan tangan kosong. Alang-alang dah sampai, kitorang decide untuk layan je aktiviti paling popular kat sini, naik kuda merentasi padang rumput! Masa kat Lijiang aku tak amik pakej sewa baju tradisi ni, sebab aku malu nak jalan2, walaupun tak ada pun org kenal aku kat sini. 😁Kat Tasik Napahai ni, sebab dia bukan kawasan bandar dan tak ramai orang. Tapi kalo korang nak pakai baju tradisi lawa2, makeup pun cantik, elok amik pakej sewa baju kat Lijiang, puas hati! Korang tau kenapa? Ok kat sini aku listkan apa beza antara keduanya..

1. Mengapa Mekap kat Lijiang Lagi 'Wow'?

Hab Fotografi Profesional: Lijiang (terutamanya Lijiang Old Town) sememangnya lubuk industri untuk "Travel Photography" yang sangat matang.

Mekap Artis Berpengalaman: Kedai-kedai kat Lijiang ada mekap artis (MUA) profesional yang pakar dalam teknik mekap etnik (gaya Tibet, Naxi, atau kabilah padang pasir) siap dengan aksesori rambut yang sarat.

Pencahayaan & Studio: Dorang memang fokus 100% pada hasil gambar potret yang estetik untuk media sosial.
2. Vibe kat Napahai Lebih Santai & Kasual

Servis Sampingan Sahaja: Di Napahai, bisnes utama dorang ialah sewa kuda dan ladang (ranch). Sewa baju dan mekap ala kadar tu biasanya hanyalah servis sampingan (add-on) yang diusahakan sendiri oleh orang kampung atau pemilik ladang di situ.

Fokus Aktiviti: Dorang lebih fokus untuk bagi korang pengalaman menunggang kuda merentasi padang rumput yang luas, bukannya sesi fotografi potret yang high-end. Jadi, mekap pun memang sekadar 'ala kadar' untuk nampak naik seri dalam gambar dari jauh.

3. Anggaran Harga

Sewa Baju & Mekap Simple: Biasanya sekitar RMB 50 – RMB 100 sahaja (jauh lebih murah berbanding pakej fotografi penuh di Lijiang yang boleh mencecah RMB 180 – RMB 599 termasuk jurugambar).

Pakej Naik Kuda: Harga kat Napahai ni berbeza ikut laluan (laluan pendek atau pusing jauh ke dalam). Kebiasaannya bermula dari RMB 100 hingga RMB 300+ seorang.

Setelah mengharungi perjalanan 10 km dari Napahai, akhirnya kami sampai di Hotel penginapan kami iaitu Xinglan Oxygen Supply Homestay.  

homestay 
bersebelahan penginapan kami ada satu restoran halal.tak nampak dalam gambar ni
Restoran halal tu yang ada tanda bulat hijau tu
Jalan menuju ke Old Town
Bilik kami di tingkat 2. Tak ada lift, kena naik tangga

Ruang koridor bilik penginapan. Cantik walaupun view kat luar namak sendu je..

Masa untuk berpisah dengan si Ah Meng....

Ok jumpa lagi di cerita akan datang...

Bye

Melancong Ke Yunnan: Napahai Lake & Padang Rumput Yila: Lebih Kepada Pengalaman, Bukan Pemandangan (Part 12)

17 september 2025 Selepas meninggalkan Tea Horse Guesthouse, perjalanan kami diteruskan menuju ke Shangri-La.  Perlahan-lahan, pemandangan d...